Lelaki maut dihempap forklift

Mangsa maut selepas dihempap forklift yang dikendalikannya dalam kejadian di Jalan Karamunting Pelabuhan Sabah, Sandakan.
Mangsa maut selepas dihempap forklift yang dikendalikannya dalam kejadian di Jalan Karamunting Pelabuhan Sabah, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki maut dihempap forklift dalam kejadian di Jalan Karamunting Pelabuhan Sabah di sini, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Said Hassan berusia 60-an dikatakan sedang mengendalikan jentera itu, namun gagal mengawalnya sehingga menyebabkannya dihempap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.46 pagi.

"Ketika kejadian mangsa sedang ketika mengendalikan forklift terbabit untuk kerja-kerja mengangkat mesin.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.55 pagi," katanya.