Mustahil beri jawatan dengan bayaran tinggi tanpa sebab: Dr Asri

Dr Mohd Asri ditemu bual ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) dikendalikan oleh Sam Ghani sempena Konvoi RB (Utara) di sini pada Isnin.
Dr Mohd Asri ditemu bual ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) dikendalikan oleh Sam Ghani sempena Konvoi RB (Utara) di sini pada Isnin.
A
A
A

PERLIS - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan adalah mustahil ada pihak memberi jawatan kepada individu lain dengan bayaran yang banyak tanpa sebarang sebab.

Beliau berkata, justeru, individu yang menerima jawatan tersebut perlu bertanya tentang sebab pemberian bayaran berkenaan.

"Seseorang kena bertanya kenapa wang itu beri kepada dia. Mustahil orang beri duit kepada kita tanpa sebab. Hatta kalau orang beri hadiah pun mungkin sebab dia sayang kita, suka pada kita. Mungkin dia rasa kita berjasa... kita beri kepada ayah kita ada sebab kerana dia ayah kita.

"Orang beri kita satu jawatan, bayar dengan bayaran yang banyak mesti ada sebab. Kita bukan abang dia, bukan adik dia.

"Mesti ada sebab. Sama ada hal yang dia hendak kita jalankan ataupun perkara yang dia nak sembunyikan ataupun nama kita yang hendak dia gunakan dan ini semua soal ketelusan," katanya ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) sempena Konvoi RB (Utara) di sini pada Isnin.

Dr Mohd Asri ditemu bual ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) dikendalikan oleh Sam Ghani sempena Konvoi RB (Utara) di sini pada Isnin.
Dr Mohd Asri ditemu bual ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) dikendalikan oleh Sam Ghani sempena Konvoi RB (Utara) di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dilaporkan bersedia memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan bekas KSN, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dikaitkan dengan penerimaan elaun RM30,000 sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini selepas reaksi kurang senang pelbagai pihak susulan pendedahan Mohd Sidek di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima elaun sebanyak RM30,000 sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB bermula 1 Julai 2010 hingga 23 Jun 2012 semasa memegang jawatan sebagai KSN.

Menerusi keterangannya dalam kes perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Sidek memaklumkan tidak pernah terlibat dengan sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai isu babitkan syarikat berkenaan.

Justeru, wujud gesaan agar pemulangan semula jumlah elaun itu dibuat dan juga siasatan lanjut dijalankan.