Ribuan hadiri upacara peringatan mangsa masjid Christchurch

Orang ramai menghadiri upacara memperingati mangsa serangan tembakan di dua masjid Christchurch dua minggu lalu, di Taman North Hagley hari ini.
Orang ramai menghadiri upacara memperingati mangsa serangan tembakan di dua masjid Christchurch dua minggu lalu, di Taman North Hagley hari ini.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Ribuan penduduk New Zealand hari ini menghadiri upacara memperingati mangsa pembunuhan dalam serangan di dua masjid di Christchurch dua minggu lalu.

Mereka berdiri senyap sambil menundukkan kepala ketika nama 50 mangsa yang terkorban dibacakan dengan kuat.

Mereka maut dalam serangan keganasan dilakukan pelampau kulit putih warga Australia.

Speaker memberi penghormatan kepada mangsa yang maut dan mereka yang terselamat dalam serangan pada 15 Mac itu, termasuk 22 orang yang masih dirawat di hospital, dan antaranya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dalam keadaan kritikal.

- Foto The Ational Remembrance Service
- Foto The Ational Remembrance Service

Perdana Menteri Jacinda Ardern yang memakai jubah tradisional Maori, turut disertai oleh wakil dari hampir 60 negara termasuk dari Australia.

Ardern memuji rakyat New Zealand yang bertindak mendekati dan membantu masyarakat Islam susulan serangan itu.

Upacara itu diiringi dengan doa dan penyanyi terkenal Britain, Cat Stevens atau nama Islamnya, Yusuf Islam mendendangkan lagu “Peace Train”.

Artikel Berkaitan:

Ucapan paling mengharukan daripada Farid Ahmed, di mana isterinya Husna terbunuh ketika dia berlari masuk semula ke dalam masjid cuba menyelamatkan suaminya itu yang kurang upaya.

Duduk di kerusi roda di hadapan orang ramai, Farid berkata dia memaafkan penembak itu, Brenton Tarrant.

“Orang tanya saya, kenapa memaafkan seseorang yang membunuh isteri saya yang tersayang.

“Saya boleh beri banyak jawapan. ALLAH berfirman jika kita maafkan satu sama lain, Dia akan sayang kita.

“Saya tidak mahu membawa hati yang sarat menggelegak seperti gunung berapi, penuh kemarahan dan dendam. Ia akan membakar diri dan persekitaran.

“Saya mahu hati penuh kasih sayang dan ihsan. Hati ini tidak mahu lagi ada kehilangan, dan saya berharap tidak ada orang lain melalui apa yang saya lalui sekarang.

“Sebab itu saya memilih kedamaian dan saya maafkan dia," katanya. – AFP