Andalusia sasar 60,000 jemaah umrah 2022/2023

Ida Riswana (depan, dua dari kiri) dan Muhammad Najmi (depan, dua dari kanan) dan Md Daud (depan, kiri) ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Penerbangan Malaysia Airlines A330-200 antara Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Malaysia Airlines Berhad di Hotel Grand Barokah pada Ahad.
Ida Riswana (depan, dua dari kiri) dan Muhammad Najmi (depan, dua dari kanan) dan Md Daud (depan, kiri) ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Penerbangan Malaysia Airlines A330-200 antara Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Malaysia Airlines Berhad di Hotel Grand Barokah pada Ahad.
A
A
A

SYARIKAT pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menyasarkan untuk menghantar 60,000 jemaah umrah bagi musim 2022/2023.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, proses membawa jemaah umrah ini melibatkan pelbagai jenis syarikat penerbangan termasuklah Amal by Malaysia Airlines (Amal) dengan nilai sebanyak RM300 juta.

“Selain Malaysia Airlines, kita juga ada membuat tempahan daripada syarikat penerbangan lain seperti Turkish Airlines, Emirates dan Etihad untuk mencukupkan sasaran 60,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penerbangan Malaysia Airlines A330-200 antara Andalusia dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah; Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harun KC Ahmmu dan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Sebelum itu, Ida Riswana menandatangani perjanjian penerbangan bersama Ketua Pegawai Operasi Amal, Muhammad Najmi Mansor.

Mengulas lanjut, Ida Riswana menjelaskan, sebelum pandemik Covid-19, kira-kira 45,000 orang jemaah umrah menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Andalusia.

“Pada 2018, kita mencecah 57,000 jemaah (bagi mengerjakan umrah) dalam satu musim,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ida Riswana semasa ucapannya sempena majlis tersebut berkata, perjanjian penerbangan pertamanya bertujuan untuk memudahkan jadual penerbangan jemaah umrah Andalusia ke Tanah Suci bagi musim 2022/2023.

Perjanjian penerbangan pertama ini bertujuan memudahkan jadual penerbangan jemaah umrah Andalusia ke Tanah Suci bagi musim 2022/2023.
Perjanjian penerbangan pertama ini bertujuan memudahkan jadual penerbangan jemaah umrah Andalusia ke Tanah Suci bagi musim 2022/2023.

“Kedua, membantu secara kerjasama dengan agensi pelancongan lain yang terkesan teruk akibat pandemik untuk meneruskan perjuangan perniagaan syarikat mereka secara perkongsian tiket di Mekah dan Madinah.

“Semoga usaha sama ini boleh membantu pemulihan membina semula operasi mereka untuk ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa kolaborasi serta sikap toleransi antara Andalusia dan MAB membuatkan usaha sama terbabit berkekalan dan sehingga kini telah menerbangkan seramai 121,963 jemaah umrah.

“Bagi pihak Andalusia, kami ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga di atas kepercayaan dan kerjasama daripada pihak MAB untuk meneruskan usaha sama ini sejak tahun 2016 lagi tanpa banyak masalah antara kedua-dua pihak,” jelasnya.

Sehingga kini hampir 122,000 jemaah umrah berjaya diterbangkan ke Tanah Suci hasil kerjasama antara MAB dan Andalusia.
Sehingga kini hampir 122,000 jemaah umrah berjaya diterbangkan ke Tanah Suci hasil kerjasama antara MAB dan Andalusia.

Ida Riswana juga berharap dengan kerjasama antara pihaknya dan MAB dapat membuka semula peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan.

“Kita semua mengetahui bahawa sejak pandemik ini melanda dunia, bidang pelancongan adalah sektor pertama yang terkesan sehingga hampir lumpuh.

“Ia telah meragut punca kehidupan dan pekerjaan ratusan ribu pekerja yang terlibat dalam pelbagai bidang pelancongan,” katanya.

Selain itu tambahnya, melalui kerjasama ini juga diharapkan dapat memberi keyakinan kepada institusi kewangan di Malaysia bahawa bidang perkhidmatan umrah akan kembali sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan yang baik dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Muhammad Najmi berkata, usaha sama ini merupakan satu petanda baik melibatkan agensi-agensi umrah dan syarikat penerbangan.

“Alhamdulillah, semenjak penerbangan pertama kami pada akhir November tahun lepas sehingga berakhirnya musim umrah baru-baru ini, permintaan dan jumlah para jemaah sebenarnya adalah di luar jangkaan.

“Saya sebenarnya baru pulang dari Arab Saudi. Apa yang saya amati, keadaan di sana hampir kembali normal. Walaupun banyak hotel dan kedai masih tutup, pihak Arab Saudi telah berusaha supaya Tanah Suci kembali normal.

“Bagi saya ini satu perkembangan yang menggalakkan dan pastinya akan mempercepatkan pemulihan sektor umrah,” katanya.