Selangor sasar turun pengangguran 2.6 peratus

Mohd Khairuddin tengah melakukan sesi 'walkabout' dan ramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada Program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen MBSA pada Sabtu.
Mohd Khairuddin tengah melakukan sesi 'walkabout' dan ramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada Program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen MBSA pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menetapkan sasaran untuk menurunkan kadar pengangguran negeri kepada 2.6 peratus akhir tahun ini menerusi lebih 20,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Mega 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri Mohd Khairuddin Othman berkata, sehingga suku pertama tahun ini Selangor mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.2 peratus iaitu bersamaan 118,100 penganggur.

Beliau berkata, jumlah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan berbanding suku keempat tahun lalu iaitu 2.9 peratus (105,300 orang).

"Namun kita optimis untuk mengekalkan kadar pengangguran di bawah empat peratus. Saya yakin ia mampu dicapai dengan syarat ramai individu datang ke sini (Karnival Kerjaya Mega) mencari kerja.

"Jika semua kerja dipenuhi, kadar pengangguran boleh turun 2.6 peratus,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Karnival Kerjaya Mega 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu.

Mohd Khairuddin berkata, program dua hari yang berakhir esok itu, menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan daripada 100 syarikat dan agensi kerajaan. - Bernama