Umat Islam perlu bangkit isu hina nabi

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B Nagabhushana Reddy dipanggil oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi menyampaikan penyangkalan berhubung kenyataan dua ahli politik negara itu yang menghina Nabi Muhammad SAW. (Gambar kecil: Ahmad Marzuk)
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B Nagabhushana Reddy dipanggil oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi menyampaikan penyangkalan berhubung kenyataan dua ahli politik negara itu yang menghina Nabi Muhammad SAW. (Gambar kecil: Ahmad Marzuk)
A
A
A

KOTA BHARU - Umat Islam di negara ini perlu bangkit dengan bersolidariti untuk menentang sabarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad sebagaimana telah dilakukan oleh dua ahli politik India baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan itu bagi menunjukkan perpaduan dalam kalangan umat Islam sekaligus menimbulkan rasa gerun kepada yang berniat untuk menghina nabi pada masa hadapan.

"Sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad dianggap sebagai perbuatan ekstrem dan melampau yang tidak boleh diterima," katanya dalam Majlis Lambaian Kaabah di Pengkalan Chepa, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, junjungan besar tidak mengajar orang Islam menghina agama lain.

Beliau berkata, hal ini kerana dibimbangi orang bukan Islam akan berbuat demikian.

Ahmad berkata, kerajaan menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan pihaknya tidak bertindak tegas dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

"Menteri Agama terlebih dahulu telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan selain turut menegaskan bahawa pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad

"Alhamdulillah kita dapat melihat umat Islam amat peka berkait dengan isu ini," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Malaysia bersama Indonesia, Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik daripada parti pemerintah India yang didakwa menghina Islam, baru-baru ini.