Cetak rompak: Jenayah digital boleh dihukum di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022

No Image Caption
A
A
A

Ramai yang tidak melihat bahawa tindakan menonton filem Doctor Strange terbaharu menerusi laman web rawak atau di peranti penstriman haram (ISD) adalah suatu masalah besar.

Malah, ramai juga berpendapat tiada sebarang bahaya yang timbul dengan cara menstrim filem baharu itu melalui platform talian di bilik mereka kerana ia tidak diketahui orang dan tidak membebankan sesiapa.

Namun begitu, beberapa fakta yang bakal dikongsikan dalam artikel ini mungkin akan menyebabkan anda memikirkan semula pendirian berhubung perkara ini. Untuk permulaan, fahami dulu apa itu cetak rompak digital.

Cetak rompak digital adalah tindakan memuat turun, menggunakan, menstrim atau mengedarkan bahan hak cipta dan harta intelek tanpa kebenaran atau bayaran bagi kandungan tersebut.

Cetak rompak digital adalah satu bentuk kecurian dan ini termasuk penstriman kandungan yang tidak dibenarkan seperti filem, muzik, buku dan permainan melalui laman web cetak rompak atau ISD.

Sebarang bentuk cetak rompak, termasuk cetak rompak digital adalah jenayah yang boleh dihukum oleh undangundang.

Sebelum anda cuba melayari manamana filem baharu atau kandungan yang tidak dibenarkan dalam talian, penting untuk anda tahu bahawa laporan terkini mendapati banyak laman web yang mengedarkan filem dan rancangan TV cetak rompak mengandungi perisian yang berniat jahat (malware) yang meletakkan pengguna dalam bahaya besar, selain pelanggaran hak cipta.

Firma keselamatan siber, RiskIQ mendapati bahawa satu daripada tiga rancangan cetak rompak mengandungi perisian hasad yang mendedahkan pengguna kepada ancaman termasuk kecurian identiti, kerugian kewangan dan risiko pengawalan peranti oleh penggodam (hacker).

Berbanding dengan web media berlesen atau arus perdana, pengguna yang melawat laman cetak rompak adalah 28 kali lebih berkemungkinan mendapat perisian hasad daripada laman torrent. 28 kali

Terdapat juga beberapa implikasi berbahaya lain yang kebanyakannya masih tidak diketahui oleh pengguna.

‘Pop-ups’ yang mengganggu dan potensi virus:

Pernahkah anda perasan pelbagai ‘pop-ups’ timbul semasa penstriman melalui laman web haram?

Walaupun selepas keluar dari laman web tersebut, anda masih berhadapan dengan ‘popups’ sama yang menjengkelkan itu.

No Image Caption

Ia mungkin permulaan serangan virus. Sesetengah ‘pop-ups’ yang timbul mempunyai keupayaan membawa anda ke laman palsu dengan virus tersembunyi yang boleh menembusi dan kekal pada peranti anda tanpa anda sedar.

Sama seperti dijangkiti flu atau selesema biasa, perisian hasad boleh merebak ke bahagian lain sistem dan merosakkan peranti anda jika tidak dirawat!

‘Scam’ dan penipuan:

Terdapat banyak jenis virus komputer, termasuk yang berupaya mencuri data peribadi anda tanpa kebenaran.

Lazimnya, virus ini tersembunyi atau menyamar sebagai perisian yang sudah tersedia pada peranti anda. Semasa membeli-belah dalam talian, seseorang mungkin sudah mengumpul maklumat peribadi anda dan ini membawa kepada risiko ‘scam’ dan penipuan.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pada tahun 2021, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman melaporkan hampir 16,000 kes penipuan dalam talian dengan kerugian berjumlah kira-kira RM380 juta. Oleh itu, jangan jadi mangsa!

Kandungan tidak sesuai dengan usia:

Cetak rompak digital juga boleh mendedahkan anak-anak anda kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur dan tidak menyenangkan kerana kekurangan kawalan ibu bapa.

Kanak-kanak kecil mungkin mendapat akses dengan mudah kepada kandungan eksplisit seperti pornografi dan filem yang diklasifikasikan terbatas siarannya atau ’R-rated’.

Ancaman ISD dan laman web cetak rompak:

Pengguna ISD dan laman web penstriman haram mungkin menganggap mereka tidak akan terperangkap dengan begitu mudah. Ini adalah pemahaman yang perlu direnungi semula.

Berdasarkan laporan oleh Asia Video Industry Association (AVIA) bertajuk Time to Compromise, pengguna yang melawat laman web cetak rompak boleh dijangkiti oleh perisian tebusan atau ‘ransomware’, beberapa ‘trojan horse’ dan ancaman berterusan lanjutan (APT) lain dalam masa 42 saat bagi peranti Windows serta 78 saat untuk peranti Android.

Oleh itu, hanya dengan klik laman web cetak rompak, anda mungkin telah terjejas. Selain itu, penyelidikan Veri-Site mendapati 79 peratus laman web lanun menyediakan pautan ke perisian hasad PUP (program yang berkemungkinan tidak diingini) dan kebanyakan iklan ini dipaparkan bersama iklan jenama arus perdana supaya tidak dapat dikesan.

Perisian hasad ini tersembunyi di sebalik butang klik Muat Turun atau Play, tetapi dalam banyak keadaan anda tidak perlu klik pautan untuk mencetuskan muat turun perkara tidak diingini.

Walaupun kebanyakan perisian hasad di laman web itu terdiri daripada perisian iklan (perisian yang memaparkan atau memuat turun bahan pengiklanan secara automatik seperti sepanduk atau ‘pop-ups’ apabila pengguna berada dalam talian), 21 peratus daripadanya mengandungi bentuk perisian hasad yang lebih berbahaya seperti perisian pengintip (spyware) atau trojan akses jarak jauh (RATs) yang lain.

Jadi, bagaimana kita mengelak cetak rompak digital? Peraturannya mudah, jika laman web itu kelihatan samar, sebaiknya jangan klik! Terdapat banyak cara untuk mengamalkan penggunaan internet yang selamat.

Lebih selamat untuk menonton di platform hiburan yang sah dan menikmati akses perkhidmatan penstriman seperti yang disediakan oleh Astro termasuk Astro GO, HBO GO, Netflix, Disney+ Hotstar, TVBAnywhere+ dan iQIYI.

No Image Caption

Untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa dan melindungi diri serta keluarga daripada perisian hasad, sila ikuti langkah mudah ini:

1. Laporkan laman web tidak dibenarkan dan kandungan eksplisit kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui talian hotline 1-800- 886-800, 03-8882 6088/6245 di Pusat Perintah Penguatkuasaan, WhatsApp di 019-279 4317/ 019-848 8000, emel kepada e-aduan@kpdnhep.gov.my, atau melalui aplikasi ezAdu.

2. Gunakan hanya perkhidmatan yang sah

3. Didik orang tersayang dan rakan sebaya tentang bahaya cetak rompak digital.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia meluluskan rang undang-undang menambah baik Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang mencadangkan mana-mana individu atau perniagaan yang melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta melalui teknologi penstriman akan dihukum oleh undang-undang.

Pindaan baharu itu memperkenalkan hukuman bagi kesalahan berkaitan teknologi penstriman dan mereka yang didapati bersalah akan didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM200,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya. Berikut adalah kesalahan jenayah:

• Jualan dan promosi dan pengimportan peranti penstriman haram (ISD) yang membenarkan tontonan kandungan hak cipta.

• Menawarkan atau mengedarkan aplikasi yang boleh dimuat turun dan membenarkan tontonan kandungan hak cipta tanpa kebenaran.

• Mempunyai laman web yang menyediakan akses kepada karya hak cipta tanpa kebenaran.

• Berkongsi pautan melalui WhatsApp atau platform media sosial lain yang membenarkan akses kepada karya hak cipta tanpa kebenaran.

• Berkongsi hiperlink kepada kandungan cetak rompak di laman web.