Lelaki direman kes bunuh jiran

Suspek (dua dari kanan) dikawal polis menuju ke bilik Mahkamah Majistret, Kota Bharu bagi mendapatkan perintah reman.
Suspek (dua dari kanan) dikawal polis menuju ke bilik Mahkamah Majistret, Kota Bharu bagi mendapatkan perintah reman.
A
A
A
KOTA BHARU - Seorang lelaki direman selama enam hari di Mahkamah Majistret, di sini, pada Jumaat bagi membantu siasatan kes pembunuhan jirannya di Jalan Kelochor, di sini, pada Khamis.

Reman terhadap suspek yang berusia 62 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Rusli Ahmad.

Tempoh reman suspek berkuat kuasa pada Jumaat sehingga Rabu ini.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang lelaki warga emas maut akibat serangan jantung selepas dipercayai dipukul oleh jirannya dengan kayu akibat pergaduhan berpunca daripada mangsa yang menanam pokok di laluan di Jalan Kelochor di sini pada Khamis.

Mangsa yang berusia lewat 60-an ditemui meninggal dunia di bahagian dapur rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan reman berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum mati mandatori,” katanya.