Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS hari ini. - Gambar hiasan
Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS hari ini. - Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, menghampiri paras terendah 28 bulan yang dicatatkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 2020 di tengah-tengah pemulihan ekonomi.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.3975/4010 berbanding dolar AS daripada 4.3420/3940 pada penutup Khamis.

Nilai ringgit didagangkan pada RM4.3942 pada 21 April, 2020.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal lemah hari ini apabila pemain pasaran terus memberi keutamaan yang tinggi terhadap langkah bank-bank pusat utama.

"Kenaikan dolar AS tidak dapat dielakkan berdasarkan perspektif teknikal kerana Indeks Dolar AS (DXY) telah melepasi 103 mata," katanya kepada Bernama.

Nilai dolar AS meningkat ke paras tertinggi baharu tiga minggu, melebihi 103 mata dan dijangka menguji semula paras tertinggi sejak awal tahun sehingga kini iaitu 105.005.

Beliau berkata Bank Pusat Eropah (ECB) telah menyampaikan dengan jelas hasratnya untuk menaikkan kadar penanda aras dan mula mengurangkan Program Pembelian Aset (APP) pada Julai untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi.

Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes menjangkakan ringgit terus bergelut berikutan keadaan ini tetapi unit tempatan itu boleh diimbangi oleh harga tenaga yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4956/4999 daripada penutupan urus niaga Khamis iaitu 5.4992/5017 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1834/1864 daripada 3.1939/1956.

Nilai ringgit turut mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2817/2846 daripada 3.2896/2914 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6715/6752 daripada 4.7060/7082 sebelum ini. -Bernama