Guna lori syarikat penghantaran angkut ubat batuk

PGA Pengkalan Chepa merampas 718 botol ubat batuk bernilai RM718 selepas menahan sebuah lori syarikat penghantaran di Kampung Tasek Hulu, di sini pada Khamis.
PGA Pengkalan Chepa merampas 718 botol ubat batuk bernilai RM718 selepas menahan sebuah lori syarikat penghantaran di Kampung Tasek Hulu, di sini pada Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas 718 botol ubat batuk bernilai RM718 selepas menahan sebuah lori syarikat penghantaran di Kampung Tasek Hulu, di sini pada Ahad.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Deputi Superindentan Ramesh Krishnan berkata, lori tersebut ditahan semasa anggotanya melakukan rondaan rutin Op Wawasan Kelantan pada jam 6 petang.

"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori itu membawa kepada penemuan 718 botol ubat batuk," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, PGA turut menahan pemandu lori itu bagi membantu siasatan.

Sebahagian daripada PATI yang berjaya ditahan dalam sebuah semak di Kampung Chenerai, Pasir Mas.
Sebahagian daripada PATI yang berjaya ditahan dalam sebuah semak di Kampung Chenerai, Pasir Mas.

Beliau berkata, kesemua rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Ramesh berkata, pada Isnin pihaknya berjaya menahan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam sebuah semak di Kampung Chenerai, Pasir Mas.

"Serbuan jam 6.30 petang itu membawa kepada penahanan 33 lelaki dan tujuh perempuan," katanya.

Ramesh berkata, kesemua PATI itu merupakan warga Myanmar yang ditahan masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, kesemua PATI ini berusia antara 14 hingga 40 tahun akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

"Kes disiasat bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1953/1969," katanya.