Nurul Izzah perlu utamakan kepentingan rakyat, bantu PM

Nurul Izzah - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
Nurul Izzah - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dan membantu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Kabinet untuk memulihkan negara berbanding terus mengejar agenda peribadi.

Ketua Armada Bersatu Selangor, Adhif Syan Abdullah berkata, kenyataan Nurul Izzah yang melabelkan perdana menteri sebagai bekas diktator adalah tidak wajar kerana boleh disalah tafsir ahli komponen PH dan masyarakat.

"Pihak Armada Selangor tertanya-tanya, adakah kenyataan Nurul Izzah itu berniat mendesak supaya Perdana Menteri (Dr Mahathir) segera meletakkan jawatan sekali gus, menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

"Jika ya, maka kami ingin menasihati Nurul Izzah bahawa langkah ini tidak bijak dan boleh membawa kepada perpecahan," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan adakah peletakan jawatan Nurul Izzah dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada baru-baru ini merupakan komplot terancang bersama blok pembangkang?

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah pertahan guna label ‘bekas diktator’

Menurut beliau merangkap ADUN Dengkil, sebaik sahaja Nurul Izzah meletakkan jawatan, anggota PAC dalam kalangan pembangkang pula menyusul dengan keputusan yang sama.

"Seharusnya, Nurul Izzah menggunakan kedua-dua jawatan tersebut sebagai platform menegakkan prinsip dan reformasi institusi. Bukannya dipersiakan bagi mengejar cita-cita peribadi," katanya.

Artikel Berkaitan: