Nurul Izzah pertahan guna label ‘bekas diktator’

Nurul Izzah - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sekali lagi mempertahankan label ‘bekas diktator’ yang merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah digunakannya sebelum ini.

Beliau menegaskan gelaran bekas diktator pernah digunakannya sebelum PRU14, malah termasuk semasa ucapannya dalam demonstrasi Bersih 3.0 dan Bersih 4.0

“Ia adalah berfakta daripada rekod saya, saya pernah sebut (bekas diktator) sebelum PRU14, dalam demonstrasi Bersih 3.0 dan 4.0.

“Saya tak faham kenapa apabila saya mengulanginya dalam forum lain namun, dengan mesej yang sama ia menimbulkan masalah seperti ini,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Jumaat lalu, Nurul Izzah dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times menyifatkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu.

Sementara itu, Nurul Izzah ketika ditanya penjelasan berkenaan situasi hura-hara dalam PH yang dinyatakan dalam wawancara tersebut.

Beliau menerangkan, kritikannya merujuk kepada perkembangan perlahan yang direkodkan PH dalam usaha memenuhi manifesto PRU14.

“Saya hanya kritik, perkembangan lembap PH dalam usaha mengotakan janji pilihan raya, takkan tak boleh bagi sedikit kritikan yang membina?

“Kita sayang negara kita kena ada ruang bercakaplah,” jelasnya ketika ditanya adakah prestasi PH terlalu buruk.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tun M memang bukan diktator, Pas tak perlu bodek'

Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia