Sila log masuk terlebih dahulu.

Pesara jual syiling, wang lama tambah pendapatan

Awaluddin menunjukkan antara koleksi wang lama dalam simpanannya.
Awaluddin menunjukkan antara koleksi wang lama dalam simpanannya.
A
A
A

KLANG - Syiling atau wang lama mungkin dianggap tidak bernilai bagi sesetengah orang, namun berbeza bagi seorang pesara dari Taman Seri Medan, Teluk Panglima Garang di sini.

Menurut Awaluddin Ariffin, 68, hobinya itu mampu menjana pendapatan sampingan apabila dia menjual koleksi wang lama dalam simpanan kepada penggemar wang lama lain.

“Pengumpul wang lama selalunya akan saling berhubung dan mendapatkan koleksi melalui kenalan mereka yang mempunyai minat yang sama di seluruh negara mahu pun di luar negara.

“Malah ada pengumpul sanggup menawarkan harga tinggi bagi mendapatkan wang lama sebagai koleksi mereka atau dijual semula,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di sini.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan ada sesetengah pengumpul wang lama sanggup membelanjakan ribuan ringgit bagi menambah koleksi wang lama yang dimiliki mereka.

"Mereka juga tidak peduli dengan anggapan bahawa hobi ini sebagai pembaziran sebaliknya menganggap hobi ini sebenarnya dapat membawa kita mengenali lebih dekat sejarah negara," jelasnya.

Bapa kepada enam anak ini berkata, sehingga kini dia mempunyai lebih kurang 50 keping syiling lama termasuk wang syiling sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan wang kertas lama yang disimpan rapi.

Antara yang menjadi koleksinya adalah mata wang British dan Belanda serta Tanah Melayu sekitar tahun 1600-an hingga 1900-an serta syiling keluaran Malaysia bermula pada 60-an sehingga terkini.

Artikel Berkaitan:

Awaluddin turut menyimpan syiling lama termasuk wang syiling sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Awaluddin turut menyimpan syiling lama termasuk wang syiling sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.