X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Tanam bakau pulihara pesisir pantai

Antara sukarelawan daripada Syarikat Ryco Hydraulic Sdn Bhd yang turut serta dalam program tanaman pokok di pesisir pantai Kampung Sungai Limau Dalam pada Ahad.
A
A

YAN - Sebanyak 56 lokasi pesisir pantai di seluruh negeri termasuk hutan simpan dan di luar hutan simpan dipulihara melalui Program Tanaman Pokok Bakau dan spesies sesuai di Pesisiran Pantai Negara sejak 2005.

Penolong Pengarah Silvi Kultur, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Ismail Zakaria memberitahu, ia melibatkan penanaman sebanyak 1.6 juta pokok bakau, 16,300 pokok rhu pantai dan 8,200 lain-lain spesis pokok yang ditanam di kawasan seluas 300 hektar.

Katanya, bagi tahun ini JPNK menyasarkan penanaman 100,000 lagi pokok jenis itu sebagai usaha mencapai sasaran 100 juta pokok menjelang 2025.

"Kita positif dapat mencapai sasaran tahun ini memandangkan kita ada kontrak dengan pelbagai pihak untuk menjayakan projek tanaman pokok bakau ini.

"Alhamdulillah, ramai yang berminat dan kita sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada mereka," katanya ketika ditemui pada program tanaman pokok di pesisir pantai Kampung Sungai Limau Dalam bersama Syarikat Ryco Hydraulic Sdn Bhd di sini pada Ahad.

Tambah beliau, antara kawasan yang sesuai untuk tanaman pokok bakau ialah pesisir pantai Kuala Sala, Sungai Limau, Jerlun dan Pantai Murni.

Ismail menanam anak pokok bakau di program tanaman pokok di pesisir pantai Kampung Sungai Limau Dalam bersama Syarikat Ryco Hydraulic Sdn Bhd pada Ahad.
Ismail menanam anak pokok bakau di program tanaman pokok di pesisir pantai Kampung Sungai Limau Dalam bersama Syarikat Ryco Hydraulic Sdn Bhd pada Ahad.

"Peranan ekosistem hutan paya laut amat besar dalam menjaga pesisir pantai daripada ancaman hakisan akibat ombak, " katanya.

Selain itu, Ismail memberitahu, pada tahun ini juga beberapa projek tanaman masih dalam proses untuk tanaman seperti di Hutan Simpan Merbok seluas lima hektar membabitkan 5,000 pokok bakau dan di Pesisiran Pantai Kuala Jerlun sebanyak 4,000 pokok di atas tanah seluas empat hektar.

Mengulas lanjut, katanya, program bersama Syarikat Ryco Hydraulic Sdn Bhd pada Ahad berjaya menanam sebanyak 500 anak pokok bakau di pesisir pantai Kampung Sungai Limau Dalam.

"Saya menyambut baik hasrat pihak yang ingin turut serta memulihara kawasan hutan pesisir pantai dengan tanaman pokok sesuai.

"Oleh itu, masyarakat perlu menjadi mata dan telinga menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan atau aktiviti jenayah alam sekitar melibatkan Hutan Simpanan Kekal kepada JPNK," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!