Terharu terima kunjungan rakan sekerja

Rahim melawat Hamzah yang terlantar akibat sakit saraf di rumahnya.
Rahim melawat Hamzah yang terlantar akibat sakit saraf di rumahnya.
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas tujuh tahun terlantar akibat sakit saraf, seorang pesara polis mengalirkan air mata terharu apabila menerima kunjungan rakan sekerja di rumahnya di Taman Tanjung Mas, di sini, hari ini.

Hamzah Hassan, 74, dikunjungi anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu diketuai Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud pada jam 12 tengah hari.

Hamzah yang pernah bertugas di dalam di Pasukan Unit Simpanan Persekutuan dan terakhir beliau di IPD Kota Bharu bersara dengan pangkat Sarjan Mejar sejak 19 tahun lalu pada tahun 2000.

Katanya, dia juga pernah bertugas di Cawangan Tugas Am, Terengganu dan belum pernah dikunjungi sejak menderita sakit.

“Inilah kali pertama saya dikunjungi oleh pegawai dari pasukan yang pernah saya berkhidmat dahulu.

“Syukur dan terima kasih IPD Kota Bharu yang sudi ziarah saya,” katanya.

Selain Hamzah, ziarah turut dilakukan ke sembilan lagi rumah anggota sebagai tanda penghargaan dan peringatan kepada bekas polis sempena Sambutan Hari Polis Ke-212, kelmarin.

Abdul Rahim turut menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan makanan kepada pesara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kepada semua pesara dan bakal pesara polis agar menyertai Persatuan Bekas Polis supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

“Melalui persatuan, mereka yang memerlukan bantuan dapat dibantu dan keadaan kesusahan mereka akan senang diketahui,” katanya.