RUU perbekalan tambahan (2018) 2019 dibentang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 bagi memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2018 sebanyak RM4.133 bilion (RM4,133,360,760) dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk kegunaan peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM1.92 bilion, selain Suruhanjaya Pilihan Raya (RM98.4 juta); Perbendaharaan (RM76.3 juta) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (RM5 juta).

Peruntukan itu juga bagi Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM215 juta dan lima kementerian iaitu Kementerian Kesihatan (RM705.5 juta); Kementerian Dalam Negeri (RM513.9 juta) dan Kementerian Pendidikan (RM300 juta).

Ia juga melibatkan RM226.1 juta bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar (RM70.4 juta).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua RUU berkenaan akan dibentang pada persidangan kali ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: