X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Baiki ban pecah hampir siap: Muhammad Sanusi

Muhammad Sanusi menyaksikan pertukaran MoU antara Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darulaman (Kismec) Mohd Yusuri Yusof (kiri) dan rakan strategik pada Isnin.
A
A

KULIM - Pembinaan sekatan sementara (belat) akibat runtuhan ban kanan Terusan Tengah di Pelubang, Jitra 9 Mei lalu yang menjejaskan kira-kira 13,350 hektar sawah padi, hampir siap dibaik pulih.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, biarpun kerja-kerja pemasangan cerucuk besi agak sukar berikutan laluan air, namun pembinaan belat tetap berjalan lancar.

Menurutnya, pembaikan semula runtuhan ban dan terusan tengah yang membabitkan kos dianggarkan RM2.5 juta itu sudah pun mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) agar dilakukan segera.

"Kita pun dah cakap penting kawasan itu agar perlu dibaiki segera kerana melibatkan 13,350 hektar kawasan padi dan 40,000 pesawah.

"Sekiranya tidak dilakukan, ia akan menjejaskan pengeluaran hasil makanan negara," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri dan merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (Kismec) Kulim, Kedah di sini pada Isnin.

Menurut Muhammad Sanusi, dunia bakal menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan pada tahun 2025 yang dijangka memberi kesan terhadap peningkatan harga.

"Jika Kedah nak jamin bekalan makanan Malaysia ni kena baiki cepat dan pastikan padi kita dapat ditanam lima kali dalam tempoh dua tahun.

"Saya dimaklumkan kalau dapat tanam lima kali dalam tempoh dua tahun, tak perlu import lagi beras.

"Jadi untuk benda ini kita kena lengkapkan infra dan kerajaan persekutuan perlu sediakan subsidi padi lima kali dua tahun," katanya.

Jelasnya, lebih baik kerajaan memperkemaskan kemudahan dan keperluan negara dalam sektor penanaman padi agar beras tidak perlu diimport.

"Kita import pun mahal, baiklah kita memperkemaskan infra dan keperluan dalam negara untuk mengelakkan kita kena import.

"Saya harap benda ini dapat perhatian," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan gangguan bekalan air terjejas di Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Yan akibat runtuhan ban kanan Terusan Tengah di Sungai Santap membabitkan lebih 38,500 akaun turut menjejaskan kawasan penanaman padi di situ.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!