Balu jurugambar terima faedah Perkeso

V Mohanadas (dua kiri) dan Ismail (kanan sekali) bersama Ratnasari (tengah) dan tiga anaknya.
V Mohanadas (dua kiri) dan Ismail (kanan sekali) bersama Ratnasari (tengah) dan tiga anaknya.
A
A
A

KLANG - Balu kepada jurugambar di Kumpulan Media Star, Allahyarham Abdullah Subir yang meninggal dunia pada 17 Mei lalu menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ratnasari Mohammad, 51, menerima faedah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Faedah Ibu Pejabat Perkeso, Ismail Abi Hashim dan Pengurus Perkeso Klang, V Mohanadas di kediamannya di Kampung Medan, di sini.

"Kehadiran pihak Perkeso ke rumah saya memberi semangat dan permulaan baharu kepada saya dan keluarga.

"Sebagai suri rumah, saya tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara tiga anak saya selepas suami meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya, pada Isnin.

Suaminya, Abdullah Subir meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Mei lalu. Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Adibah, 25; Aqilah, 23 dan Dhani Hakim yang kini berusia 16 tahun.

Wanita tersebut begitu terharu kerana menerima faedah tersebut.

"Syukur kerana pencen bulanan diterima ini dapat meringankan beban kami sekeluarga dan menjamin masa depan anak bongsu saya yang masih belajar," katanya lagi.

Sementara itu, Ismail berkata, balu Abdullah Subir itu layak menerima RM2,000 untuk Faedah Pengurusan Jenazah serta Bayaran Pencen Penakat Balu dan Anak berjumlah RM2,267 sebulan.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama ketika penyerahan tersebut adalah Editor Foto Kumpulan Media Star, Ng Kok Leong bagi mewakili syarikat media berkenaan.