Kematian wartawan diklasifikasi mati mengejut

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Kematian wartawan Malaysian Nanban, P Chandra Segar, 62, di rumahnya semalam tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, lelaki itu ditemui di salah satu bilik tidur di dalam rumahnya.

Katanya, siasatan di keseluruhan tempat kejadian tidak menjumpai apa-apa tanda mengandungi unsur-unsur jenayah.

"Siasatan yang dijalankan juga mendapati individu itu tinggal seorang diri setelah isterinya meninggal dunia enam tahun lalu dan mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur.

"Menurut adik ipar dan rakan, lelaki yang meninggal dunia itu tidak ada menunjukkan sebarang masalah," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian.

Mohd Ali berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semalam, Segar yang sudah berkhidmat sebagai wartawan lebih 30 tahun ditemui mati di dalam bilik tidur rumahnya di Taman Lim Garden, di sini.

Artikel Berkaitan: