X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Polis siasat dakwaan pemandu Volkswagen diserang

A
A

GOMBAK - Tanda tanya sebuah kereta jenis Volkswagen yang ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan tidak berkunci serta terdapat kesan darah terjawab apabila pemandu kereta berkenaan dipercayai diserang sekumpulan individu dalam kejadian di Jalan Besar Pekan Kundang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komissioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kereta berkenaan ditemui anggota unit kereta peronda yang menjalankan tugas rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, rondaan dijalankan anggota polis bertugas menemukan kereta tersebut kira-kira jam 2.15 pagi.

"Bilik Gerakan IPD Gombak menerima maklumat kira-kira jam 3.04 pagi berkaitan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik kawasan di Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun mendapat kecederaan luka di bahagian muka, bahu kanan dan belakang leher," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa telah dibawa oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

"Mangsa dipercayai telah diserang oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan lokasi kejadian sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Selayang," katanya.

Menurutnya, motif dan punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!