X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Pemandu treler lari selepas gilis penunggang motosikal

Keadaan di lokasi kejadian dengan mayat mangsa yang terbaring di atas jalan.
A
A

MACHANG - Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kejadian langgar lari di Kilometer 3 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pada Khamis.

Mangsa, Ahmad Zarriq Ahmad Zulkhairee,24, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kemalangan membabitkan treler dan motosikal tersebut berlaku kira-kira jam 9.45 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati treler dipandu dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh dan apabila sampai di tempat kejadian, pemandu treler tersebut dipercayai hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda Wave.

“Mangsa digilis dan diseret oleh treler serta disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu treler yang dipercayai langgar lari kerana meninggalkan tempat kejadian itu, giat dikesan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Jumaat.

Motosikal yang ditunggang oleh mangsa sebelum digilis sebuah treler di Machang.
Motosikal yang ditunggang oleh mangsa sebelum digilis sebuah treler di Machang.

Ujarnya, berdasarkan keterangan oleh saksi kemalangan mendapati jenis treler terlibat tidak mempunyai muatan namun tidak dapat dikenal pasti jenis kerana cuaca hujan ditambah kawasan kejadian yang gelap.

“Penunggang motosikal tersebut memakai topi keledar dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 25½ hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang selepas memancing di Pasir Puteh.

“Tempat kejadian adalah jalan dua lorong lurus dan rata serta dua hala dengan garisan tengah putus-putus tetapi tidak ada lampu jalan,” katanya.

Beliau berkata, hebahan dimaklumkan kepada Gerakan Machang untuk bantuan mengesan treler yang terlibat.

“Usaha mengesan pemandu dan treler itu masih giat dijalankan sehingga kini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!