BBM Kedah santuni asnaf

Antara buku yang dipamer untuk diambil secara percuma pada program berkenaan.
Antara buku yang dipamer untuk diambil secara percuma pada program berkenaan.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Beberapa perkakasan termasuk pinggan mangkuk, baju, alat tulis dan bahan bacaan terpakai disediakan untuk kegunaan asnaf dan warga Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights (SKAH) secara percuma.

Pengerusi Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah, Md Tahir Saad berkata, pihaknya juga menyediakan sedikit sumbangan dan kit makanan berupa beras, minyak masak, tepung gandum dan bihun untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, turut mendapat manfaat dari aktiviti itu ialah 200 asnaf termasuk 50 murid kurang upaya (OKU) sekolah berkenaan.

Beliau ditemui semasa menganjurkan Free Market dan Santuni Asnaf bersempena Program Hari Kokurikulum SKAH yang disertai pelbagai aktiviti dan gerai jualan.

Turut diselitkan, perasmian penubuhan Pasukan Beruniform Briged Bakti Malaysia Muda (BBMMd) di Cawangan BBM SKAH.

Antara sukarelawan lain yang terlibat termasuklah dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia, Salimah Kedah, Unggas, YADIM, MAPIM, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia dan Persatuan Sayang Sungai Petani.

Hadir sama, Presiden BBM, Profesor Datuk Dr Abdul Razak Kechik.

Artikel Berkaitan: