X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tiada had kehadiran majlis akad nikah di Selangor: JAIS

Info grafik dikongsi JAIS di Facebook pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan tiada had kehadiran dalam majlis akad nikah kepada individu lengkap vaksinasi Covid-19 di negeri ini berkuat kuasa pada Isnin lalu.

JAIS dalam perkongsian info grafik di Facebook pada Rabu memaklumkan, majlis akad nikah dibenarkan di JAIS, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), masjid, surau, rumah atau mana- mana dewan.

Menerusi info grafik itu turut menyatakan individu yang tidak lengkap vaksinasi boleh hadir dalam majlis itu dengan beberapa syarat.

"Mereka yang tidak lengkap vaksinasi dibenarkan hadir sekiranya bukan individu sedang positif Covid-19 dan tidak berada dalam tempoh arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO).

"Syarat lain ialah bukan warganegara yang baru tiba di negara ini tanpa vaksinasi lengkap," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, JAIS menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!