Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua PPS dibuka di Kuala Pilah

Setakat jam 8 pagi Selasa, seramai 74 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Dangi dan seramai 36 mangsa pula ditempatkan di PPS SK Undang Johol - Foto APM Negeri Sembilan
Setakat jam 8 pagi Selasa, seramai 74 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Dangi dan seramai 36 mangsa pula ditempatkan di PPS SK Undang Johol - Foto APM Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Pilah melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol dan Dewan Desa Dangi selepas kawasan berkenaan terjejas akibat banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata, setakat Selasa daerah terlibat banjir adalah di Seremban dan Kuala Pilah.

"Namun begitu, hanya dua PPS sahaja dibuka iaitu di Kuala Pilah manakala di daerah Seremban dilaporkan air telah surut.

"Setakat jam 8 pagi Selasa, seramai 74 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Dangi dan seramai 36 mangsa pula ditempatkan di PPS SK Undang Johol," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mangsa yang terjejas dibawa ke PPS selepas kediaman masing-masing terjejas banjir. - Foto APM Negeri Sembilan
Mangsa yang terjejas dibawa ke PPS selepas kediaman masing-masing terjejas banjir. - Foto APM Negeri Sembilan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, hujan lebat sejak tengahari menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Pilah terjejas sehingga berlakunya kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di laluan jalan Kampung Batu- Inas.

Keadaan itu turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Toyota Avanza dinaiki sebuah keluarga dihanyutkan arus banjir ketika melalui jalan Kampung Batu- Inas petang Isnin.

Bagaimanapun, kesemua mangsa selamat dan telah dihantar pulang ke kediaman mereka di Johol.

Artikel Berkaitan: