X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Lima sekeluarga berdepan detik cemas, MPV dihanyutkan arus banjir

Keadaan sebuah kereta Toyota Avanza yang dihanyutkan arus banjir. - Foto JBPM Negeri Sembilan
A
A

KUALA PILAH - Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Dingkir Inas di sini, petang Isnin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Abdul Halim Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.36 petang dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

"Sebaik tiba, didapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki lima individu terdiri daripada dua wanita, dua kanak-kanak dan seorang bayi hanyut dibawa arus banjir.

"Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke rumah mereka di Johol," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Abdul Halim berkata, pihaknya turut melakukan operasi menyelamat di Kampung Dingkir di sini selepas kediaman penduduk dilanda banjir kilat.

"Kejadian disebabkan hujan lebat sejak tengah hari itu melibatkan lima rumah dengan anggaran 12 orang penduduk," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!