X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Setengah jam pujuk wanita warga asing buka pintu bilik hotel

Seorang wanita warga Thailand yang menawarkan khidmat seks ditahan bersama pelanggannya di sebuah hotel di bandar Alor Setar.
A
A

ALOR SETAR - Sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil masa lebih setengah jam bagi memujuk seorang wanita warga asing membuka pintu bilik hotelnya ketika Ops Gegar di sebuah hotel di sini pada Ahad malam.

Wanita terbabit yang menawarkan khidmat seks berada bersama pelanggannya dalam bilik berkenaan ketika serbuan.

Dia pada awalnya sempat membuka sedikit pintu sebelum cepat-cepat mengunci semula selepas menyedari kehadiran pegawai imigresen.

Wanita warga Thailand (dua, kanan) ditahan bersama seorang rakan senegaranya di hotel yang sama di bandar Alor Setar pada Ahad malam.
Wanita warga Thailand (dua, kanan) ditahan bersama seorang rakan senegaranya di hotel yang sama di bandar Alor Setar pada Ahad malam.

Bagaimanapun setelah sedar tidak mempunyai jalan lain untuk melarikan diri, dia akhirnya mengalah dan membuka pintu dalam keadaan lengkap berpakaian.

Wanita warga Thailand terbabit turut menyembunyikan syabu dan peralatan untuk menghisap dadah sebelum berjaya dijumpai oleh pegawai yang menggeledah bilik terbabit.

Dia dipercayai mengambil bahan terlarang tersebut untuk menambah tenaga bagi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Antara peralatan menghisap dadah yang berjaya dirampas oleh imigresen dalam Ops Gegar pada Ahad malam.
Antara peralatan menghisap dadah yang berjaya dirampas oleh imigresen dalam Ops Gegar pada Ahad malam.

Menurut Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Ketua Penolong Pengarah Rosmaliza Mohamed Rashid, seramai tujuh wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan dalam operasi yang bermula pada jam 8.30 malam.

"Kesemua mereka ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza di sekitar bandar Alor Setar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mereka terdiri daripada tiga wanita warga Vietnam dan empat wanita warga Thailand.

"Kesemua wanita berkenaan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Belantek, Sik manakala pelanggan dibawa ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!