Saya tak boleh komen: Saarani

Video tular mengenai seorang lelaki yang didakwa salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.
Video tular mengenai seorang lelaki yang didakwa salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad enggan mengulas lanjut mengenai video tular mengenai seorang lelaki yang didakwa salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Menurut beliau, tiada sebarang maklumat sahih berhubung video yang tular tersebut walaupun sudah menonton klip yang tersebut di media sosial sebelum ini.

"Saya tidak berani hendak komen. Saya juga baca blog dan kenyataan Zaharin Mat Yassin ini. Saya tidak boleh komen apa-apa sebab tiada maklumat rasmi dan sah.

"Tidak cantik kalau saya membuat komen benda yang saya tiada maklumat yang sah dan rasmi. Saya tidak mahu jadi pemanjang cerita-cerita yang tidak pasti," katanya kepada pemberita selepas program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular seorang lelaki mirip seorang penasihat agama Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Pada 2 Mei lalu, pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yasin telah memuat naik tangkapan layar daripada video berdurasi tiga minit 24 saat itu.

Video tersebut memaparkan imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita.