Rusia hantar tentera, peralatan ketenteraan ke Venezuela

Pesawat kargo Antonov-124 itu tiba di lapangan terbang berhampiran Caracas pada Sabtu lalu.
Pesawat kargo Antonov-124 itu tiba di lapangan terbang berhampiran Caracas pada Sabtu lalu.
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Dua pesawat tentera Rusia mendarat di lapangan terbang utama Venezuela pada Sabtu lalu.

Agensi berita Sputnik melaporkan penghantaran pesawat itu bertujuan untuk memenuhi kontrak teknikal tentera kerana ia turut membawa puluhan anggota dan sejumlah besar peralatan.

Wartawan di Venezuela, Javier Mayorca menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan dia melihat kira-kira 100 anggota tentera dan 35 tan kelengkapan ketenteraan tiba di Caracas dengan menaiki pesawat kargo Antonov-124.

Difahamkan, penghantaran itu dibuat tiga bulan selepas kedua-dua negara terbabit mengadakan latihan ketenteraan bersama.

Rusia telah sekian lama menjadi sekutu Venezuela dan turut secara lantang menentang sekatan dikenakan Amerika Syarikat terhadap Presiden Nicolas Maduro. - BBC

Artikel Berkaitan: