Dua maut, tiga parah kemalangan

Kereta jenis Proton Wira dipandu oleh Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26, yang dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
Kereta jenis Proton Wira dipandu oleh Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26, yang dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
A
A
A

JELI - Dua maut manakala tiga lagi parah akibat kemalangan yang berlaku tiga hari sebelum Aidilfitri membabitkan dua kenderaan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat, di sini, pada Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan kereta Proton Wira.

Mereka yang maut ialah, Mohd Hazlan Ibrahim, 33, (pemandu Perodua Alza) dan Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26, (pemandu kereta Proton Wira).

Mereka yang parah ialah isteri Mohd Hazlan, Norshara Ezila Mohd Asri, 31, dan dua anak perempuan mereka, Nur Aqeela Hafiyya Mohd Hazlan, 8, serta Nur Areeqa Hazhiyya, 6, manakala bayi mereka yang berusia setahun, Mohd Akil Arash, tidak cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, jenazah Mohd Hazlan ditemui di tempat kejadian manakala mayat Muhamad Baijuri ditemui di dalam longkang berhampiran selepas lapan jam kemalangan berlaku.

Kereta dinaiki Mohd Hazlan Ibrahim, 33, sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat, di sini, pada Jumaat.
Kereta dinaiki Mohd Hazlan Ibrahim, 33, sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat, di sini, pada Jumaat.

Katanya, terima panggilan telefon daripada Gerakan Jeli menyatakan terdapat kemalangan jalanraya yang melibatkan dua kenderaan di KM 108, Jalan Raya Timur Barat, Jeli, di sini.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Tanah Merah dan Jeli untuk rawatan.

“Mayat kedua pula ditemui di dalam longkang lebih kurang 10 meter dari tempat kejadian pada jam 7 pagi,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu Mohd Hazlan sekeluarga baru pulang daripada berbuka puasa di rumah ibu bapanya di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli dan dalam perjalanan pulang ke rumah mentua di daerah sama.

“Kereta dipandu oleh Muhamad Baijuri pula dari arah bertentangan dan dipercayai terbabas terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Muhamad Baijuri mulanya disangkakan melarikan diri selepas kemalangan itu namun mayatnya dijumpai dalam longkang yang berjarak 10 meter dari lokasi kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.