4.7 juta kenderaan di jalan raya sempena Aidilfitri

Kenderaan menghala ke arah pantai timur dilihat mulai sesak berhampiran Plaza Tol Bentong ketika tinjauan kira-kira jam 5 petang hari ini. Foto Bernama
Kenderaan menghala ke arah pantai timur dilihat mulai sesak berhampiran Plaza Tol Bentong ketika tinjauan kira-kira jam 5 petang hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, kenderaan-kenderaan itu dijangka akan mula bergerak secara berperingkat bermula Jumaat.

Katanya, polis bersiap sedia bagi melakukan pemantauan dan penugasan untuk membantu melancarkan perjalanan orang ramai pulang berhari raya.

“Kami menjangkakan antara dua hingga 4.7 juta kenderaan yang akan mula menggunakan jalan raya dan lebuh raya secara bertali arus