Grand Saga, Pusat Pakaian Hari-Hari anjur kempen keselamatan jalan raya

Kakitangan Pusat Pakaian Hari-Hari memberikan 'goodies bag' kepada pengguna Lebuhraya Grand Saga yang melalui Plaza Tol Batu 11, Cheras pada Khamis.
Kakitangan Pusat Pakaian Hari-Hari memberikan 'goodies bag' kepada pengguna Lebuhraya Grand Saga yang melalui Plaza Tol Batu 11, Cheras pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemegang konsesi Lebuh raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) dan Pusat Pakaian Hari-Hari menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Batu 11, Cheras sempena sambutan Hari Raya Aidifitri 2022, pada Khamis.

Grand Saga dalam satu kenyataannya berkata, menerusi kempen itu, 300 ‘goodies bag’ dan duit raya yang ditaja Pusat Pakaian Hari-Hari diedarkan kepada pengguna lebuh raya

“Kempen ini juga disertai Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Pusat Pakaian Hari-Hari yang mengedarkan 'goodies', duit raya dan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna lebuh raya,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Grand Saga akan menawarkan diskaun 50 peratus bayaran tol percuma untuk semua kelas kenderaaan dalam tempoh 24 jam bermula pada 30 April 2022 jam 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 1 Mei 2022 serta pada 7 Mei 2022 jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 8 Mei 2022.