Covid-19: 6,342 kes baharu direkodkan, 9,111 kes sembuh

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR- Sebanyak 6,342 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Jumaat dengan 99.34 peratus daripadanya adalah kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 42 kes atau 0.66 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima dengan 13 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, 14 kes lagi telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 15 kes telah menerima dos penggalak.

Menerusi kenyataan, beliau berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 4,421,443, selain dua kluster baharu dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah kluster aktif adalah 100 kluster.

Selain itu, sebanyak 234 kes dimasukkan ke hospital dengan 132 adalah kategori satu dan dua manakala 102 kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Jumlah kes sembuh pula adalah 9,111 menjadikan kumulatif kes sembuh dalam negara adalah 4,300,558.

Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 (nilai Rt) 0.80 dengan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.04. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!