Covid-19: 12 kematian baharu, dua BID

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat melaporkan 12 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk dua daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID).

KKM turut merekodkan sebanyak 6,342 kes Covid-19 baharu membabitkan 6,322 kes tempatan dan 20 kes import.

Menurut data KKM di portal CovidNow, jumlah kematian terbaharu yang dicatatkan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencapai angka 35,482 kes.

Johor dan Melaka merekodkan angka kematian tertinggi dengan tiga kes diikuti Pulau Pinang serta Selangor yang masing-masing dua kes.

Sabah dan Sarawak pula masing-masing mencatatkan satu kes, manakala tiada kes kematian dilaporkan di negeri-negeri lain.

Sementara itu, jumlah kes aktif yang direkodkan adalah sebanyak 85,403 termasuk 83,528 individu dikuarantin di rumah manakala 127 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan sebanyak 1,657 kes dirawat di hospital dengan 91 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 30 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 61 lagi memerlukan mesin ventilator.