Rusia berjaya uji peluru berpandu Sarmat

Ujian peluru berpandu Sarmat dilakukadi utara Rusia pada Rabu. - Foto Kementerian Pertahanan Rusia/Reuters
Ujian peluru berpandu Sarmat dilakukadi utara Rusia pada Rabu. - Foto Kementerian Pertahanan Rusia/Reuters
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata pada Rabu bahawa sebuah peluru berpandu balistik antara benua dikenali sebagai Sarmat berjaya diuji dan ia mampu membuatkan musuh Moscow terpaksa berfikir dua kali sebelum mengancam mahu menyerang negara itu.

Sarmat merupakan adalah antara peluru berpandu generasi akan datang Rusia yang disebut Putin sebagai kebal.

Pada bulan lalu, Rusia berkata, ia menggunakan peluru berpandu hipersonik Kinzhal buat pertama kali dalam peperangan untuk menyerang sasaran di Ukraine.

Tentera Rusia telah terlibat dalam operasi ketenteraan khas di Ukraie sejak 24 Februari lalu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada anda atas kejayaan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Sarmat,” kata Putin kepada tentera negaranya.

“Senjata yang benar-benar unik ini akan mengukuhkan potensi tempur angkatan tentera kita dengan memastikan keselamatan Rusia daripada ancaman luar dan membuatkan mereka yang dalam kepanasan retorik cuba mengancam negara kita, (terpaksa) berfikir dua kali (sebelum menyarang negaranya),” kata Putin.

Ia mampu membawa kepala peledak nuklear.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata, ujian itu diadakan di kosmodrom Plesetsk di utara Rusia.

Menurut kementerian itu, peluru berpandu itu menghantar kepala peledak latihan ke rangkaian ujian Kura di Semenanjung Kamchatka, Rusia.

“Sarmat ialah peluru berpandu paling berkuasa dengan jarak pemusnahan sasaran terpanjang di dunia yang akan meningkatkan dengan ketara kuasa tempur pasukan nuklear strategik negara kita,” kata kementerian itu. - Agensi