Puad Zarkashi dilantik Speaker DUN Johor

Onn Hafiz (tengah) memakaikan Mohd Puad jubah Speaker DUN Johor selepas selesai proses angkat sumpah di Kota Iskandar pada Khamis
Onn Hafiz (tengah) memakaikan Mohd Puad jubah Speaker DUN Johor selepas selesai proses angkat sumpah di Kota Iskandar pada Khamis
A
A
A

SKANDAR PUTERI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.

Mohd Puad, 64, adalah satu-satunya nama yang dicadangkan menjawat jawatan terbabit oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang kemudian disokong Exco Pertanian, Industri Asas Tani, dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip.

Pelantikan itu turut menyaksikan Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggantikan Suhaizan Kayat yang mengangkat sumpah bagi jawatan berkenaan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).