Pemilik syarikat, pengurus direman kes tuntutan palsu RM150,000

Perintah reman ke atas pemilik syarikat dan pengurus bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu dikeluarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Perintah reman ke atas pemilik syarikat dan pengurus bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu dikeluarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemilik syarikat pembinaan dan seorang pengurus besar sebuah syarikat pangkalan pelabuhan direman lima hari bermula Rabu, bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu yang dianggarkan berjumlah hampir RM150,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zuhainie Zull Kafli selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan pada pagi Rabu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 30 dan 39 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira jam 6 petang dan 8.30 malam pada Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada tahun lalu, pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan tersebut telah meluluskan tiga tuntutan pembekalan dan pemasangan kabin daripada pemilik syarikat pembinaan berkenaan sedangkan ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.