Sila log masuk terlebih dahulu.

Adakah pilihan raya selepas hari raya?

Orang politik semakin galak bercakap mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ada yang mendesak supaya disegerakan, tidak kurang juga ramai yang menolak.
Orang politik semakin galak bercakap mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ada yang mendesak supaya disegerakan, tidak kurang juga ramai yang menolak.
A
A
A

KETIKA umat Islam sedang menghitung hari untuk merayakan Aidilfitri, terdapat satu lagi ‘raya' turut dinanti-nantikan terutama bagi sebilangan ahli politik.

Orang politik semakin galak bercakap mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ada yang mendesak supaya disegerakan, tidak kurang juga ramai yang menolak.

Adakah benar pilihan raya akan diadakan selepas hari raya ini? Mengikut perkiraan, PRU secara rasminya perlu diadakan pada atau sebelum 16 September 2023. Tempoh itu masih jauh.

Namun, berdasarkan desakan atau situasi semasa, Perdana Menteri boleh mengumumkan pembubaran Parlimen pada bila-bila masa sahaja pada tahun ini.

Di sebalik desakan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan terburu-buru sebaliknya berkata PRU15 hanya akan diadakan setelah Barisan Nasional (BN) cukup bersedia. Berbeza dengan pandangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu parti mengambil pendirian jelas untuk menyegerakan PRU15 dalam tahun ini juga.

Beberapa penganalisis politik turut sependapat dengan Mohamad dan yakin PRU15 sesuai diadakan tahun ini. Namun, beberapa figura politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tunggu sehingga tamat penggal Parlimen pada tahun 2023.

Desakan untuk mempercepatkan PRU sebenarnya bertitik tolak kepada keputusan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini yang memihak kepada BN. Mereka merasakan inilah masa terbaik kerana pihak lawan berada dalam keadaan lemah.

Itu kata orang politik, tetapi apa pula kata rakyat? Adakah rakyat benar-benar mahukan pilihan raya?

Artikel Berkaitan:

Negara sedang dalam proses peralihan ke fasa endemik, satu fasa yang belum boleh meletakkan rakyat dalam keadaan selesa dan sempurna. Rakyat secara umumnya masih terkesan akibat pandemik, mahukan satu kehidupan yang stabil.

Yang hilang pekerjaan, menjadi mangsa bencana alam, ditambah pula dengan ketidaktentuan harga barang. Erti kata lain, rakyat masih terhimpit.

Apapun, pilihan raya tetap juga akan tiba. Tidak guna jika pilihan raya diadakan segera sekiranya mereka yang diberi mandat nanti masih tidak dapat menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat.