KPDNHEP lupus barang tiruan RM2.45 juta

Rosli (tiga, kiri) ketika Majlis Pelupusan Barang Kes di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDNHEP WPKL.
Rosli (tiga, kiri) ketika Majlis Pelupusan Barang Kes di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDNHEP WPKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) melupuskan barangan tiruan bernilai RM2.45 juta melibatkan 58 kes sitaan sejak tahun 2014.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Rosli Ahmad berkata, barangan yang dilupuskan adalah beg tangan, beg galas, dompet, tali pinggang, kasut, jersi, t-shirt, aksesori wanita, kerusi urut dan produk kesihatan.

"Kesemua barangan yang dilupuskan merupakan rampasan ke atas pelanggaran kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 serta Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

"Ini merupakan pelupusan kali kelima pada tahun ini selepas menerima arahan daripada pihak mahkamah dan pengawal perihal dagangan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDNHEP WPKL, di sini, hari ini.

Antara barang yang dilupuskan.
Antara barang yang dilupuskan.

Turut hadir Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Putrajaya, Low Swee Hon dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP WPKL, Azeem Nazuri.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 341 kes telah mendapat arahan pelupusan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM7.21 juta berbanding pada pada tahun 2017 dengan jumlah 624 kes membabitkan rampasan bernilai RM11.22 juta.

Justeru, Rosli memberi amaran kepada mana-mana peniaga untuk tidak terlibat menjual barangan tiruan bagi mengelak tindakan tegas dikenakan.

Artikel Berkaitan:

"Pengguna juga dinasihat untuk tidak membeli barang tiruan kerana tindakan itu seolah-olah mencuri harta intelek orang lain," katanya.