Pejalan kaki hilang selepas kemalangan berjaya ditahan

Rakaman pada kamera papan pemuka berhubung kejadian itu pada 7 April lalu.
Rakaman pada kamera papan pemuka berhubung kejadian itu pada 7 April lalu.
A
A
A

KLANG - Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan kemalangan melibatkan sebuah kereta di Jalan Goh Hock Huat, Klang Utara di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu sebelum ini sedang dikesan polis untuk siasatan selanjutnya, bagaimanapun suspek terbabit tidak muncul.

"Suspek akhirnya berjaya diberkas di Lot 26494 Jalan Shahpadu Rantau Panjang, Klang pagi tadi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, seorang pejalan kaki dikesan selepas didapati melintas jalan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Goh Hock Huat, Klang Utara di sini.

Polis yang sebelum ini menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang merupakan pemandu kenderaan tersebut kira-kira jam 12.08 tengah hari pada 7 April lalu.

Menurutnya, ketika dia sedang memandu terdapat seorang pejalan kaki yang juga seorang lelaki melintas jalan secara tiba-tiba dan terus berlari serta melompat ke arah cermin depan keretanya.

"Lelaki berkenaan kemudiannya terus beredar dari lokasi setelah pemandu kenderaan tersebut memberitahu keretanya mempunyai rakaman kamera papan pemuka," katanya.

Artikel Berkaitan: