10,413 positif Covid-19 hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 10,413 kes baharu Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes 4,363,024.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, jumlah itu melibatkan sebanyak 10,386 kes tempatan dan 27 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,926 kes atau 56.91 peratus daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 4,435 kes atau 42.59 peratus pesakit kategori dua," katanya.

Menurut beliau, bagi kategori tiga terdapat 24 kes (0.23 peratus) manakala kategori empat dengan 11 kes (0.11 peratus) dan bagi kategori lima ialah 17 kes (0.16 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan, sebanyak 52 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 16 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan vaksin berkenaan.

“Sebanyak 11 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak dan 25 kes pula menerima dos penggalak.

“Selain itu, 24 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 22 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada kes melibatkan ibu mengandung,” jelasnya.

Tambah beliau, lapan kluster baharu direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 112.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, sebanyak 154 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 69 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula sebanyak 85,” katanya.

“Sebanyak 89 kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dengan 45 kes disahkan Covid-19 dan 44 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, negara merekodkan sebanyak 13,202 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,209,858 kes setakat ini.

Pada masa sama, tiada negeri yang mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU pada Khamis.