Penyeluk saku didalangi warga asing tumpas

KUALA LUMPUR - Lapan warga asing diberkas dipercayai terlibat dalam kes seluk saku di Jalan Ampang di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tangkapan dijalankan ke atas kesemua suspek susulan laporan kehilangan dua kad kredit pada Sabtu lalu.
"Lapan individu yang diberkas terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 hingga 38 tahun.
"Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam satu kejadian seluk saku yang berlaku kira-kira jam 6 petang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.