Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 bermula 22 April

Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 akan kembali bermula 22 hingga 26 April ini.
Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 akan kembali bermula 22 hingga 26 April ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) akan diadakan selama lima hari bermula 22 hingga 26 April ini.

Pengarah JPNT, Fadli Yusof Zakaria berkata, program kali ini yang bertemakan Pelita Raya Beautiful Terengganu akan diadakan di Kampung Budaya Terengganu (KBT) Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Katanya, pertandingan itu menyaksikan penyertaan lapan daerah di seluruh Terengganu di mana pembahagian kawasan hiasan telah disusun antaranya di rumah-rumah tradisi, perahu besar dan Istana Tengku Long yang terdapat di KBT.

"Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 diadakan bagi mengembalikan nostalgia tradisi memasang pelita pada malam tujuh likur.

"ia juga mampu memupuk semangat cintakan tradisi Melayu, mengimarahkan hubungan silaturahim antara pejabat daerah dan pengunjung di samping menonjolkan elemen pelancongan budaya yang sinonim dengan Terengganu," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurut Fadli Yusof, Pejabat Daerah Dungun perlu menghias Perahu Besar dan galeri pelayaran, Pejabat Daerah Kemaman (Rumah Nelayan), Pejabat Daerah Besut (Rumah Bujang Serambi Selasar) dan Pejabat Daerah Setiu pula Rumah Bujang Berkembar.

Selain itu katanya, Pejabat Daerah Hulu Terengganu ditetapkan untuk mencantikkan Rumah Limas Belanda, Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Rumah Tele), Pejabat Daerah Marang (Istana Tengku Long) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus pula akan menghias Laman Warisan.

"Hasil rekaan sebaik-baiknya menggunakan barangan terpakai dan disyaratkan perlu menggunakan sekurang-kurangnya 100 pelita sumbu. replika di kawasan yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, katanya KBT akan beroperasi seperti biasa pada waktu siang dan akan dilanjutkan waktu operasi pada sebelah malam iaitu bermula jam 9 malam hingga 11. 30 malam.

" Aktiviti sampingan turut dianjurkan antaranya jualan produk kering serta makanan moreh tradisional di rumah-rumah dan platform yang disediakan," katanya.