Rohana setuju pulangkan aset berkaitan kes 1MDB

Rohana telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.
Rohana telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.

Menurut sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rohana menghubungi SPRM dan menyatakan persetujuan menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York dia memberi Rohana AS$10 juta yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London.

Rohana sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa dan SPRM dalam siasatan kes itu.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs, Roger Ng, yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.

Roger yang juga bekas pegawai bank Goldman Sachs turut didapati bersalah oleh Mahkamah AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada 1MDB.

Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh mahkamah di Brooklyn. - Awani

Artikel Berkaitan: