[VIDEO] Polis kesan kumpulan lelaki main meriam karbaid

Aksi sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid tular di Twitter.
Aksi sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid tular di Twitter.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang bermain meriam karbaid hingga menyebabkan gangguan bising kepada penduduk setempat selepas video aktiviti mereka tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, video yang tular di laman Twitter itu dipercayai berlaku di Jalan Permatang Rawa, di sini.

"Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid di tepi jalan raya dan membuat gangguan bising kepada penduduk.

"Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, Shafee menasihati orang ramai agar tidak bermain mercun atau meriam karbaid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang mana boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali.

Artikel Berkaitan: