Budak OKU maut terjatuh dari tingkat empat

Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat Flat Taman Limau Manis, Bukit Tengah di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa berusia sembilan tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dikatakan terjatuh selepas memanjat tingkap di bahagian dapur yang tidak mempunyai besi jeriji ataupun penahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika kejadian, kedua ibu bapa mangsa tidak perasan tindakan kanak-kanak itu memanjat tingkap di bahagian dapur melalui singki.

Bagaimanapun ibu saudara yang turut tinggal di rumah terbabit sempat terlihat mangsa seperti hendak terjun dari tingkap tetapi tidak sempat menariknya.

"Mangsa yang berpakaian lengkap ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di bawah Flat Limau Manis sebelum penduduk di kawasan berkenaan melaporkan kejadian kepada polis.

"Siasatan di sekitar rumah mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan beberapa saksi telah diambil rakaman percakapan," katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: