Sila log masuk terlebih dahulu.

K-KOMM peruntuk RM4 bilion naik taraf jalur lebar

Annuar (tiga dari kiri) mengagihkan Bubur Lambuk Kampung Baharu kepada 1,000 penerima di Bazar Ramadan Peringat, Kota Bharu pada Ahad.
Annuar (tiga dari kiri) mengagihkan Bubur Lambuk Kampung Baharu kepada 1,000 penerima di Bazar Ramadan Peringat, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) memperuntukkan sebanyak RM4 bilion untuk memperluaskan pemasangan rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) dalam menaik taraf perkhidmatan jalur lebar ke semua sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, tumpuan PoP itu meliputi sekolah-sekolah yang masih belum menikmati kemudahan internet berkualiti tinggi.

"Projek ini kita pecahkan kepada enam zon iaitu utara, tengah, selatan, timur, Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita pada majlis mengagihkan Bubur Lambuk Kampung Baharu kepada 1,000 penerima di Bazar Ramadan Peringat di sini pada Ahad.

Menurutnya, setiap zon itu melibatkan kira-kira 500 hingga 600 buah sekolah yang terlibat dibawah PoP.

Beliau berkata, PoP akan memberi jaminan kestabilan perkhidmatan internet jalur lebar kepada pelajar sekolah.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, projek tersebut turut melibatkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada berhampiran sekolah.

"K-KOMM sedia bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk mendapatkan lokasi-lokasi Tabika Kemas yang berdepan masalah capaian internet bagi memboleh anak-anak ini mengikuti pembelajaran secara dalam talian sesuai dengan peringkat umur mereka.

"Saya anggap sekolah dan Tabika Kemas mempunyai keperluan yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, PoP fasa dua ini akan bermula tidak lama lagi dan akan mengambil masa 36 bulan untuk disiapkan.