Perak FC masih bersemangat

Barisan pemain Perak FC akan tampil dengan semangat juang tinggi berdepan Selangor FC 2 di Stadium Perak pada Sabtu.
Barisan pemain Perak FC akan tampil dengan semangat juang tinggi berdepan Selangor FC 2 di Stadium Perak pada Sabtu.
A
A
A

PERAK FC tetap bermotivasi tinggi menjelang aksi Liga Premier berdepan Selangor FC 2 di Stadium Perak pada Sabtu biarpun dibelenggu pelbagai masalah di luar padang.

Pengendali skuad The Bos Gaurus, Yusri Che Lah berkata, anak-anak buahnya akan beraksi sehabis baik pada perlawanan itu dalam usaha memburu kemenangan di depan penyokong sendiri.

“Kalau tanya saya, pemain-pemain Perak tetap bermotivasi untuk mengharungi aksi esok. Tetapi motivasi yang mereka miliki mungkin tidak secukup seperti motivasi pemain-pemain pasukan lain ketika ini.

“Lagipun, motivasi itu pasti terjejas dengan keadaan semasa yang berlaku dalam pasukan ketika ini dan ditambah lagi dengan pemotongan tiga mata yang dikenakan minggu lalu.

“Bagaimanapun, apa boleh saya katakan para pemain akan melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk perlawanan menentang Selangor FC 2 nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Pertemuan menentang Selangor FC 2 merupakan aksi ketiga Perak FC dalam saingan Liga Premier musim ini selepas dua kekalahan awal, masing-masing kepada PDRM FC (1-3) dan TFC II (0-3).

Dalam pada itu, Yusri menyifatkan Selangor FC 2 mempunyai kelebihan berbanding skuad kendaliannya yang majoritinya dibarisi pemain muda dan tanpa tenaga import.

“Selangor FC 2 memiliki kelebihan dari segi pemain dan mereka boleh gunakan lima pertukaran yang secara keseluruhannya melibatkan 45 peratus kekuatan pasukan tambahan.

Artikel Berkaitan:

“Ini juga adalah antara perkara yang kami tidak miliki. Apa pun, dengan kapasiti pemain yang kami miliki, pemain akan cuba mengimbangi perlawanan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Mengulas prestasi semasa Perak FC setakat ini, Yusri mengakui barisan pemain mudanya telah melaksanakan tugas dengan cukup baik.

“Saya serba salah kerana tak tahu bagaimana perasaan sebenar pemain- pemain saya ketika ini. Cuma saya harus memberikan pujian kepada mereka dengan aksi yang ditunjukkan.

“Setakat ini semua pemain telah melaksanakan tugas dengan cukup baik, selain memberikan komitmen kepada saya, cuma esok (Sabtu), kita belum tahu apa yang akan terjadi,” ujarnya.