Amaran ribut petir di 10 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini. - Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang itu memaklumkan negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Kulim.

Sementara di Perak kawasan yang terlibat adalah, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

10 negeri dijangka melanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam hari ini.
10 negeri dijangka melanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam hari ini.

Selain itu, di Kelantan melibatkan kawasan Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Selangor ialah di Hulu Selangor dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin dan Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Manakala Di Sarawak melibatkan kawasan Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) dan Sabah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kudat)

Artikel Berkaitan:

Di Perlis dan Pahang melibatkan semua kawasan.