Muhyiddin bincang kerjasama PRU15 bukan sebab mahu kembali jadi PM

ARISS
ARISS
A
A
A

BATU PAHAT - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Parit Sulong menyokong penuh usaha dilakukan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berunding dengan pelbagai pemimpin politik, bagi menjamin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Ketuanya, Datuk Ariss Samsudin berkata, siri perbincangan yang dilakukan Muhyiddin ketika ini susulan timbul cadangan agar Bersatu membentuk kerjasama dalam pilihan raya bagi menumbangkan BN pada PRU15.

"Sama-sekali tidak benar, bahawa Tan Sri Muhyiddin mengadakan siri rundingan ini, kononnya untuk membolehkan beliau kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia, menerusi PRU15.

"Tuduhan dilemparkan sesetengah pihak, bahawa Muhyiddin melakukan rundingan-rundingan dengan beberapa pemimpin parti politik tertentu pada ketika ini, kononnya kerana beliau 'gilakan jawatan Perdana Menteri' adalah sangat meleset," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, usaha dilakukan Muhyidin mewujudkan kerjasama pilihan raya adalah demi kesejahteraan dan menyelamatkan negara ini dari ancaman pihak tertentu yang kini disifatkan oleh mahkamah, sebagai individu yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.

"Saya berharap agar PAS selaku komponen terbesar Perikatan Nasional (PN) di semenanjung, akan menjalankan perundingannya dengan beberapa parti politik tertentu, atas niat yang sama seperti Bersatu.

"Seterusnya komponen PN di seperti Parti Gerakan serta komponen PN di Sabah, dan sekutu rapat PN di Sarawak juga diharapkan akan turut memberikan sokongan kepada usaha yang sedang dilakukan oleh Muhyiddin pada ketika ini," katanya.

Sebelum itu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi PRU15 bersama parti-parti politik lain.

Artikel Berkaitan:

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan pada Rabu berkata, keputusan MPT Bersatu itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin pada Selasa.