Sertai program Khatam Al-Quran anjuran AQL Indonesia

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Pengasas Ar-Rahman Qur'anic Learning Centre (AQL) dari Indonesia, Ustaz KH Bachtiar Nasir mengalu-alukan penyertaan seluruh umat Islam untuk menyertai program Khatam Al-Quran sempena meraih keberkatan Ramadan 1443H.

Menurut beliau, Ramadan adalah bulan al-Quran sebagaimana disebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185. Al-Quran diturunkan pada Ramadan, maka ia menjadi bulan yang mulia.

“Aktiviti mengkhatamkan al-Quran berlangsung selama 15 hari bermula 1 Ramadan lalu. Ia bertujuan membangunkan kesedaran umat Islam mengenai keutamaan Ramadan sebagai bulan al-Quran, seterusnya ia dikenali sebagai bulan puasa.

“Acara kemuncak Majlis Khatam Al-Quran diadakan selepas waktu Zohor hingga Maghrib pada 17 Ramadan 1443H bersamaan dengan 19 April ini di Jakarta Utara.

Ulama yang fokus mengkaji al-Quran ini berkata, untuk mengikuti program yang ditaja oleh Tabung Infaq, peserta boleh mendaftar secara individu mahupun berkumpulan, tanpa mengira usia mahupun tahap kemahiran membaca al-Quran.

“Peserta akan dimasukkan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh koordinator. Setiap orang membaca dua juzuk setiap hari. Namun jika ada yang mahu bacaan berulang banyak kali, ia juga dialu-alukan.

“Koordinator akan melaporkan progres bacaan al-Quran peserta setiap hari sehingga menjelang majlis khatam al-Quran tersebut.

“Program tersebut diharapkan dapat saling memotivasi dan bekerjasama dalam kebaikan demi mengkhatamkan al-Quran bersama. Walaupun peserta membaca al-Quran berulang kali, namun kebersamaan itu penting.

Artikel Berkaitan:

“Dengan kebersamaan, maka banyak doa kita yang dikabulkan oleh ALLAH SWT. ALLAH suka hamba-Nya yang berjemaah,” katanya.

Untuk pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi http://wa.me/6281295294549.